SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JIJAN 2011

Monday, July 19, 2010

Pemantauan Berkelompok PPD

Hari ini SK Jijan telah didatangi oleh lebih daripada 10 orang pegawai daripada PPD. Ini adalah Pemantauan Berkelompok oleh pihak PPD. Semoga kehadiran pegawai-pegawai tersebut dapat membantu dan membimbing para guru dan kakitangan SK Jijan ke arah yang lebih baik dalam segala segi terutama sekali dalam mencapai kecemerlangan akademik murid-murid.

Wednesday, July 14, 2010

Kursus dan Bengkel Pembinaan Blog

Pada 15 Julai 2010 telah diadakan satu bengkel pembinaan blog bertempat di Bilik Bestari PKG Nilai. Bengkel ini khusus untuk Guru PSS bagi memastikan setiap PSS memiliki blog mereka masing-masing.