SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN SK JIJAN 2011

EDUWEBTV

FAQ EDUWEBTV


1. Apakah itu EduwebTV?
    EduwebTV ialah saluran TV Pendidikan yang disiarkan melalui Internet.
2. Apakah Bahagian Kementerian Pelajaran yang menguruskan EduwebTV?
    EduwebTV diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan.
3. Siapakah yang boleh mengakses EduwebTV?
     EduwebTV bebas untuk diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai talian internet.
     Pengguna boleh berdaftar sebagai guru atau ahli biasa. Mereka yang berdaftar sebagai ahli
    (guru & ahli biasa) sahaja yang boleh mengakses playlist dan membuat senarai pendek
    (shortlist) bahan yang diperlukan.
4. Adakah yuran atau pendaftaran diperlukan untuk menonton EduwebTV?
    Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Pendaftaran diperlukan untuk tujuan rekod penggunaan.
5. Bagaimana cara mengakses EduwebTV?
    EduwebTV boleh diakses melalui Internet dengan menggunakan alamat http://eduwebtv.com/
6. Apakah spesifikasi asas yang diperlukan untuk mengakses EduwebTV?
    Anda hanya memerlukan talian Internet, komputer dengan sekurang-kurangnya Pentium 3,
    8MB RAM, Windows Media Player Versi 9 (dan ke atas), dan Windows XP Operating System
    (dan ke atas).
7. Apakah bentuk rancangan yang ada dalam EduwebTV?
    EduwebTV mempunyai empat saluran iaitu Berita, Rancangan Khas, Kurikulum dan Panduan.
8. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya menghadapi masalah untuk mengakses bahan video    
    dalam EduwebTV?

Sila hubungi Meja Bantuan Khidmat Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPKPM) di
talian 1-800-88-4774 atau 03-77237070 yang beroperasi dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(Isnin hingga Jumaat).
1


http://eduwebtv.com

No comments:

Post a Comment